Isnin, 3 Disember 2012

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Selasa, 13 November 2012

Sirah ...Tahun 1

Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad

Sebelum Kelahiran
- Angkatan tentera bergajah pimpinan raja Abrahah 
dihancurkan oleh Allah kerana hendak meruntuhkan Kaabah.

Semasa Kelahiran
-Ketika dilahirkan tangan Nabi melekap ke bumi,
 mukanya mendongak ke langit dan sudah berkhatan.
- Api sembahan agama Majusi di Rom dan Parsi terpadam

Selepas Kelahiran
- Ketika berumur 4 tahun,
 dada nabi Muhammad telah dibedah 
oleh malaikat untuk dibersihkan hatinya.
-Kepulan awan memayungi baginda ketika berjalan.

Akidah Islamiah....Tahun 1

Rukun Islam
Mengucap dua kalimah Syahadah
Solat lima waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Mengeluarkan zakat
Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Rukun Iman
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada kitab
Beriman kepada rasul
Beriman kepada hari kiamat
Beriman kepada Qadak dan Qadar




Ibadah...

Wudhu..
Ialah mengambil air sembahyang

Rukun Wudhu..
Berniat
Membasuh muka
Membasuh dua tangan hingga ke siku
Menyapu sebahagian kepala
Membasuh dua kaki hingga ke buku lali
Tertib


Selamat Datang....

Assalamualaikum wbt..

Selamat menjenguk ke blog saya. 
 Masih baru dan semoga sudi menyumbangkan idea membina 
untuk kemaslahatan blog ini.
Terima kasih..